Had masa 2 jam tidak boleh dikuatkuasakan, hanya perlu sebagai saranan

0
158
Pelanggan beratur menunggu giliran untuk membeli daging sempena persiapan menjelang hari raya Aidilfitri di Malakat Grocer, Malakat Mall baru-baru ini.

CYBERJAYA – Prosedur oeprasi standard (SOP) yang menghadkan masa maksimum dua jam untuk pelanggan berada di premis peruncitan termasuk pusat beli belah tidak boleh dilaksanakan.

Sebaliknya, Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, SOP yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya perlu sebagai saranan.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim

“Perkara ini (had masa 2 jam) tidak boleh dikuatkuasakan. Saya melihat, ia hanya boleh  atau lebih kepada saranan sahaja kerana banyak perkara yang perlu difikirkan untuk pelaksanaannya.

“Apabila kerajaan menjadikannya SOP,  maka ada pegawai kerajaan datang buat penguatkuasaan, apabila ada penguatkuasaan mereka akan suruh kita untuk pastikan benda ini.

“Jadi, macam mana kita mahu buat, secara logik tidak boleh dan mustahil untuk buat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan menghadkan masa 2 jam untuk pelanggan berada di pusat beli belah.

Antara pelanggan yang membeli barangan dapur di Malakat Grocer di Malakat Mall

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan tempoh masa pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan kepada maksimum dua jam.

Beliau berkata, langkah berkenaan diambil selaras dengan pelaksanaan (PKP) 3.0 dengan sekatan lebih ketat bermula pada Selasa (hari ini).

Alexander berkata, kementerian akan menggerakkan seramai 2,262 pegawai penguat kuasa di seluruh negara untuk memastikan pematuhan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, situasi di pusat beli belah ketika ini sudah tidak seperti dahulu kerana kebanyakan sudah kekurangan pelanggan kerana ramai yang amalkan ‘self lockdown’

“Buat masa sekarang pun, pergi ke mana-mana ‘mall’ memang tiada orang, ramai sudah buat ‘self lockdown’. Jadi, kerajaan sewajarnya tidak menambah beban peniaga dengan tambah SOP yang tidak munasabah.

Antara pelanggan di Malakat Grocer di Malakat Mall hari ini.

“Kita cadangkan, kalau tidak mahu buat ‘total lockdown’, kerajaan laksanakan semula SOP satu kereta seorang individu sahaja, itu secara automatik mengurangkan jumlah orang keluar dari rumah,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai operasi Malakat Mall, Mohd. Fadzil mengakui bahawa situasi PKP ketika ini lebih teruk berbanding perintah yang sama seperti sebelum  ini.

“Kita kononnya boleh buka (pusat beli belah), tetapi apabila buka orang pula tiada, daripada buka lebih baik kita tutup, tetapi mahu tutup pun tidak boleh juga. Jadi, kita buka kepada pelanggan.

“Di Malakat Mall, kita buka satu sahaja bahagian, F&B operasi ‘mall’ juga dipendekkan kecuali grocer yang beroperasi penuh dari pukul 8 pagi hingga 8 malam, untuk kedai lain kita buka pukul 12 tengah hari,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here