Hamas dakwa berjaya lancar roket ke arah Lapangan Terbang Ramon yang terletak 220km dari Gaza

0
141585
Gambar Lapangan Terbang Ramon sebelum pembukaannya pada 2019

GAZA – Pejuang Palestin, Hamas mendakwa berjaya melancarkan peluru berpandu miliknya ke arah Lapangan Terbang Ramon yang terletak di selatan Israel.

Memetik laporan Aljazeera, jurucakap Bridget Qassam, Abu Ubaidah berkata, ini merupakan kali pertama peluru berpandu di arahkan ke lapangan terbang tersebut.

“Peluru berpandu Ayyash 250, yang mempunyai jarak capaian lebih dari 250 kilometer (km) telah dilancarkan ke arah Lapangan Terbang Ramon yang terletak kira-kira 220km dari Gaza,” katanya.

Roket itu diberi nama Yahya Ayyash, yang merupakan salah seorang pemimpin Hamas sebelum dibunuh oleh regim Israel pada tahun 1996.

Menurut Abu Ubaidah, serangan itu dilakukan sebagai membalas kematian komander kanan Hamas yang terbunuh dalam serangan udara Israel.

Sementara itu memetik laporan Reuters, meskipun Hamas mendakwa melancarkan peluru berpandu ke lapangan terbang itu, sehingga kini tiada siren amaran dibunyikan di kawasan tersebut.

Terdahulu, Israel telah mengarahkan penerbangan yang dijadualkan tiba ke Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv dipindahkan ke Lapangan Terbang Ramon disebabkan faktor keselamatan.

Sejak pukul 2.30 waktu tempatan siren kecemasan dibunyikan di wilayah tengah dan selatan negara haram itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here