Hamas, Israel bersetuju laksana gencatan senjata bermula Jumaat pagi?

0
379
Keadaan di Gaza selepas diserang Zionis

GAZA – Pejuang Palestin, Hamas dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bermula Jumaat pagi waktu tempatan.

Memetik laporan sebuah media di Lubnan, Al Akhbar, sumber Hamas memberitahu bahawa gencatan senjata itu tidak dilakukan secara unilateral seperti yang digesa oleh Presiden Israel, Benjamin Netanyahu.

Sebaliknya, katanya, gencatan senjata itu melibatkan kedua-dua belah pihak.

Menurut laporan itu lagi, Israel dikatakan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata itu selepas mendapat tekanan dari Amerika Syarikat.

Sejak tercetusnya ketegangan antara Israel dan Palestin pada minggu lalu, sebanyak 232 penduduk Palestin terkorban diserang rejim Zionis itu manakala 12 penduduk Israel pula maut.

Peperangan kali ini juga menunjukkan keupayaan luar biasa pejuang Palestin yang telah berjaya melancarkan lebih 4,000 roket ke arah Israel.

Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus roket gagal dipintas dan mengenai sasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here