Hamas janji beri lebih banyak ‘kejutan’ kepada rejim Zionis

0
2211
Abu Ubaidah memberi amaran kepada negara haram Israel kemusnahan yang bakal ditanggung mereka

GAZA – Pejuang Palestin, Hamas memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa kemusnahan yang bakal dihadapi mereka adalah lebih teruk daripada jangkaan, sejak berakhirnya peristiwa Nakbah yang menyebabkan pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka secara beramai-ramai.

Menurut jurucakap Hamas, Abu Ubaidah, walaupun mempunyai kekurangan dari segi persenjataan berbanding Israel, pihaknya tetap berjaya melancarkan peluru berpandu sehingga mengenai sasaran.

“Walaupun kita berbeza kemampuan senjata, namun peluru berpandu yang kami lancarkan ke atas kalian sangatlah besar, tiada mana mana negara yang berani melakukan hal itu kepada Israel sejak peristiwa Nakbah,” katanya dalam satu rakaman secara langsung semalam.

Menurut Abu Ubaidah lagi, keputusan untuk mengebom Tel Aviv, Jerusalem, Dimona, Ashkelon, Ashdod dan Beersheba juga tidak sukar dilakukan mereka.

Katanya, lebih banyak kejutan juga akan diberikan kepada Israel sejak al-Qassam melancarkan serangan pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, serangan secara berterusan oleh al-Qassam turut mendedahkan kelemahan sistem pertahanan rejim Zionis itu.

Pejuang Palestin bersama peluru berpandu al-Qassam

“Wahai saudara kami dan barisan pertahanan kami, terima kasih dan tahniah kepada kalian walaupun ada yang sedang luka di hari raya Syawal ini. Perang Pedang al-Quds Jerusalem adalah untuk meraih kebebasan dan mencapai kemenangan untuk Palestin dan Sheikh Jarrah.

“Tiada lagi garis sempadan apabila kemarahan kami meluap-luap.

“Wahai saudara saudara kami di seluruh Tebing Barat, senjata kami adalah senjata kamu, darah kami adalah darah kamu dan masa depan kamu adalah masa depan kami,” katanya.

Sejak tercetusnya serangan oleh pejuang Palestin ke atas Israel, nama Abu Ubaidah yang merupakan jurucakap kepada Briget Izzudin al-Qassam iaitu sayap ketenteraan Hamas semakin disebut-sebut.

Selain melindungi wajahnya dengan kain, identiti Abu Ubaidah juga tidak diketahui, malah diyakini nama tersebut hanya gelaran kepada lelaki yang sangat digeruni rejim Zionis itu ketika ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here