Hantar baju dan kuih raya alasan popular di SJR

0
60
Pelbagai alasan diberikan pengguna jalan raya yang melalui SJR

CYBERJAYA – Menghantar baju dan kuih raya anda alasan yang diberikan pengguna jalan raya untuk membolehkan mereka merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak mengenakan kompaun tetapi mengarahkan individu terlibat berpatah balik.

Menurut Mohamad Fakhrudin, bagi pemandu yang ingkar dengan arahan supaya berpatah balik, mereka akan dikenakantindakan kompaun serta-merta tanpa sebarang kompromi.

“Kami sudah mulakan (sekatan jalan raya) daripada 9 Mei dan mendapati setakat ini masih ramai pengguna jalan raya yang berdegil untuk merentas negeri dengan tujuan tidak sepatutnya dan mereka diarahkan untuk berpatah balik.

“Antara alasan mereka seperti hantar baju ke rumah kawan di Shah Alam, beli barang, bawa keluarga untuk beli-belah di kawasan Shah Alam,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Menurut Mohamad Fakhrudin, bagi melancarkan pergerakan lalu lintas waktu hari bekerja, pihaknya akan membuka laluan tambahan namun pemeriksaan ketat tetap dijalankan seperti biasa.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here