Hanya 17 sektor perkhidmatan dibenar beroperasi sepanjang PKP 3.0

0
308
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Hanya 17 sektor perniagaan dan perkhidmatan dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (PKP) 3.0 atau total lockdown Fasa Pertama yang bermula pada Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar Perincian prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) petang ini menyenaraikan 17 sektor perniagaan dan perkhidmatan tersebut;

1) Makanan dan minuman;
2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar;
3) Air;
4) Tenaga;
5) Keselamatan security and safety, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan;
6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan;
7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara;
8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi;
9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja;
10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal;
11) Kredit komuniti pajak gadai sahaja;
12) E-dagang dan teknologi maklumat;
13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir;
14) Hotel dan penginapan hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan;
15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
16) Perkhidmatan perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar;
17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Bagi sektor perkilangan, hanya 12 sektor perkhidmatan keperluan dibenarkan beroperasi iaitu;

  1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO);
  2. Makanan dan minuman;
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan;
  4. Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci;
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
  6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran;
  7. Komponen bagi peranti perubatan;
  8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global);
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia;
  10. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja;
  11. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja;
  12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here