Hanya vaksin Pfizer-BioNTech untuk ibu mengandung

0
62
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Kerajaan hanya akan memberikan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech kepada golongan ibu mengandung seperti mana disyorkan oleh kumpulan pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemberian vaksin berkenaan akan diberikan dalam tempoh kandungan antara 14 hingga 33 minggu.

“Atau mereka disyorkan ditangguhkan sehingga tempoh kehamilan.

“Bagi ibu yang menyusu pun mereka sesuai diberikan vaksinasi,” katanya dalam sidang akhbar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, beliau telah mengarahkan hospital dan pakar ibu dan kanak-kanak supaya memberi keutamaan vaksin Pfizer-BioNTech kepada golongan tersebut.

Sementara itu Khairy berkata, kerajaan akan menerima 2.5 juta dos vaksin setiap minggu iaitu 2 juta dos vaksin Pfizer dan setengah juta vaksin Sinovac bermula Julai ini.

Katanya, setakat ini kerajaan juga telah memberikan suntikan hampir setengah juta warga emas 475, 984.

“Pemberian suntikan kepada golongan itu akan diutamakan kepada golongan berusia paling tua iaitu 80 tahun, kemudian kepada 70 tahun dan seterusnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here