Hospital Kanak-kanak UKM akan digunakan sebagai hospital Covid-19

0
82

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah bertemu dengan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi membincangkan cadangan untuk menggunakan Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK UKM) sebagai hospital Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, cadangan itu berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 kategori 4 dan 5 yang memerlukan katil rawatan kritikal dan unit rawatan rapi (ICU).

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada UKM di atas segala kerjasama yang diberikan. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menangani pandemik Covid-19,” kata Noor Hisham menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, malam tadi.

Beliau menjelaskan, HPKK UKM merupakan hospital pengajar yang baru siap dibina dan terletak bersebelahan dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Hospital yang mempunyai kapasiti 243 katil termasuk 28 katil rawatan kritikal/ICU itu berpotensi digunakan sementara sebagai hospital yang merawat Covid-19 khususnya mereka dengan gejala yang serius.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here