Hospital Selayang pula terpaksa guna kontena khas simpan mayat Covid-19

0
67
Kontena khas untuk penyimpanan mayat Covid-19 di Hospital Selayang

CYBERJAYA – Jumlah kematian Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan Hospital Selayang terpaksa menggunakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan mayat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, Selepas Hospital Sungai Buloh, tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah/mayat Covid-19.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh.

“Kematian akibat Covid-19 di negara kita semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang,” kata KKM dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Menurut KKM, setakat hari ini, 2,491 orang telah menjadi mangsa virus ini termasuk 59 kematian baharu.

Pada 16 Mei lalu, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan bagi tempat penyimpanan individu yang meninggal dunia akibat Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here