Hulu Terengganu satu-satunya kawasan status hijau di Semenanjung

0
108
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Daerah Hulu Terengganu di Terengganu menjadi satu-satunya kawasan di Semenanjung yang kekal dengan status hijau atau tiada langsung kes Covid-19.

Di Sarawak, daerah Kabong dan Telang Usan kekal status hijau manakala di Sabah pula daerah Tambunan, Kudat, Nabawan, Pilas, Tenom, Kuala Penyu, Tongod dan Telupid.

Statistik berkenaan dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menurut statistik data CPRC itu juga, Perlis juga menjadi satu-satunya negeri berstatus kuning dengan hanya 12 kes dilaporkan setakat ini.

“Beberapa negeri dilihat berstatus merah sepenuhnya iaitu Selangor dengan 17,738 kes diikuti Kuala Lumpur (5, 327), Pulau Pinang (3,422) dan Melaka (100,9) serta Putrajaya (136).

“Selangor turut mendahului sebagai negeri terbanyak dijangkiti Covid-19,” katanya.

Menurut CPRC, status merah adalah daerah yang mempunyai bilangan 41 kes ke atas manakala jingga (21-40 kes), kuning (1-20 kes) dan hijau (tiada kes).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here