Ibu meninggal selepas tangki oksigen dilarikan polis

0
657
Keadaan di hospital di India yang semakin padat dan tidak lagi dapat menampung pesakit Covid-19. Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Situasi di sebuah hospital di India tidak ubah seperti babak drama Tamil apabila seorang wanita didakwa maut selepas tangki oksigen yang digunakannya dirampas oleh anggota polis untuk diberikan kepada ahli politik.

Remaja berusia 17 tahun dikenali Ansh Goyal berkata, perebutan tangki oksigen itu berlaku di depan matanya ketika dia sedang menjaga ibunya yang terlantar di wad akibat Covid-19.

Katanya, sekumpulan anggota polis masuk ke bilik wad di mana ibunya sedang diberikan rawatan alat bantu pernafasan dan kemudian merampas silinder oksigen.

Goyal berkata, menyedari perkara itu, dia kemudian melutut dan merayu kepada anggota polis berkenaan supaya mengembalikan tangki oksigen berkenaan.

Rayuan pemuda itu bagaimanapun tidak diendahkan yang menurutnya telah menyebabkan ibunya meninggal dunia kira-kira 2 jam kemudian.

“Saya tidak mampu berbuat apa ketika itu kerana mereka langsung tidak mempedulikan saya. Saya datang membawa ibu ke hospital dengan harapan dan janji untuk membawa ibu saya pulang dalam keadaan sihat.

“Selepas tangki oksigen itu dicabut untuk diberikan kepada ahli politik, ibu saya mengalami kesukaran bernafas dan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.

Bagaimanapun, menurut laporan TImes of India, polis dikatakan sedang menyiasat kes berkenaan dan kenyataan awal menolak dakwaan tersebut dan mendakwa silinder oksigen yang diambil anggota polis itu kosong.

Ketua Pengarah Polis Tambahan (ADG) Rajiv Krishna berkata, tindakan tegas akan diambil jika anggota polis terbabit terbukti bersalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here