Ibu muda di Mali lahirkan anak kembar 9

0
126
Halima Cisse dibawa mendapatkan rawatan bersalin di Magribi.

MAGRIBI -Seorang wanita Mali melahirkan anak kembar 9 yang dikenal pasti sebagai rekod dunia bagi bilangan kelahiran kembar terbanyak dalam satu kelahiran.

Halima Cisse, 25, pada mulanya dijangka melahirkan 7 bayi namun ujian ultrasound yang dilakukan di Magribi dan Mali gagal mengesan dua lagi bayi dalam kandungan Cisse.

Berita mengenai kehamilan luar biasa itu tersebar luas di sebelah Afrika Barat sehingga mendapat perhatian pemimpin peralihan Mali, Bah Ndaw.

Menyedari rawatan istimewa yang diperlukan demi memastikan kesemua bayi dalam kandungan Halima selamat, Ndaw telah mengarahkan wanita itu dihantar ke Magribi.

Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby berkata, ibu dan anak-anak yang dilahirkan melalui pembedahan (Caesarean) itu berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Jururrawat memeriksa keadaan salah seorang bayi kembar 9.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Klinik Ain Borja, Profesor Youssef Alaoui, kes kelahiran berganda seperti itu sangat jarang berlaku dan luar biasa.

Kesemua bayi yang dilahirkan pra matang di usia kandungan 30 minggu mempunyai berat antara 500 gram dan satu kilogram perlu diletakkan dalam inkubator sekitar dua hingga tiga bulan bagi penjagaan rapi.

“Halima hamil 25 minggu ketika dimasukkan ke klinik kami dan kakitangan perubatan berjaya memanjangkan tempoh kandungan hingga 30 minggu sehingga kontraksi bermula,” katanya kepada AFP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here