India: Jangkitan ‘kulat hitam’ dikategori sebagai epidemik

0
470
GAMBAR HIASAN

NEW DELHI – Ketika bergelut menentang Covid-19, India kini dilanda pula serangan ‘kulat hitam’ dalam kalangan pesakit pandemik itu.

Terbaharu, lima wilayah – Tamil Nadu, Odisha, Gujarat, Rajasthan dan Telangana telah mengisytiharkan jangkitan tersebut sebagai epidemik.

‘Kulat hitam’ ataupun mucormycosis merupakan satu jangkitan pada hidung, tetapi boleh juga merebak ke otak.

Jangkitan yang mempunyai kadar kematian sebanyak 50 peratus itu boleh dirawat, dengan membuang bahagian yang dijangkiti, sama ada biji mata yang dijangkiti, atau bahagian tengkorak dan rahang, lapor The Guardian.

Setakat ini, sebanyak 7,200 kes telah dilaporkan di India, dengan 219 daripadanya telah kehilangan nyawa.

Menurut pakar tempatan, kenaikan kes dalam kalangan pesakit dikaitkan dengan penggunaan steroid dalam rawatan Covid-19, kerana penggunaan ubatan itu secara berterusan boleh melemahkan sistem imunisasi badan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here