Indonesia temukan kluster dikhuatiri berpunca daripada varian India

0
125
GAMBAR HIASAN

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menemukan satu kluster baharu dengan 42 kes, dikhuatiri berpunca daripada jangkitan Covid-19 dengan varian India.

Reuters melaporkan, kluster itu terdiri daripada petugas kesihatan yang merawat 13 krew kapal warga Filipina yang sebelum itu disahkan menghidap pandemik itu.

Ujian penjajaran genom yang diadakan kemudian menunjukkan, krew kapal kargo itu menghidap varian B.1617.2 yang mula dikesan kata India, kata Gabernor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.

Difahamkan, sebanyak 140 petugas kesihatan sudah dikategorikan sebagai kontak rapat.

“Ketika ini, kita sedang mengesan individu yang terlibat (sebagai kontak rapat), sudah ada 42 kes positif,” kata Ganjar kepada Reuters dalam satu perbualan telefon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here