Iron Dome kebanggaan rejim Israel gagal tangkis 10 peratus bedilan roket pejuang Palestin

0
609
Imej Iron Dome milik Israel yang dirakamkan pada 2011 berhampiran Ashkelon

GAZA – Sekurang-kurangnya lapan orang penduduk Israel cedera selepas roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza mengenai bandar Ashdod pagi tadi waktu tempatan.

Memetik laporan media tempatan, tiga orang daripadanya mengalami kecederaan selepas terkena kaca yang pecah manakala bakinya cedera ketika cuba melarikan diri.

Bagaimanapun dalam serangan itu, tiada rakyat Israel yang dilaporkan maut.

Dalam pada itu, pejuang Palestin turut membedil bandar Ashkelon dan Beersheba sejak semalam hingga ke pagi tadi.

Di Beersheba, sebuah roket yang dilancarkan berjaya mengenai kenderaan yang diletakkan di kawasan lapang. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan meskipun puluhan rakyat Israel cedera ketika cuba menyelamatkan diri.

Di Ashkelon pula, sebuah rumah ibadat Yahudi rosak teruk selepas terkena bedilan roket pejuang Palestin, bagaimanapun tiada yang maut dalam serangan itu.

Beberapa kenderaan di Israel musnah terkena bedilan roket

Sementara itu, menurut maklumat perisikan, sebanyak 3,150 roket telah dilancarkan oleh pejuang Gaza ke arah Israel sejak Isnin minggu lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 460 roket jatuh di wilayah Gaza.

Paling menarik, sistem pertahanan udara Iron Dome milik Israel gagal memintas kira-kira 10 peratus roket yang dilancarkan oleh pejuang Hamas.

Ini bermaksud lebih 300 roket yang dilancarkan pejuang Palestin berjaya menemui sasaran walaupun tiada kematian dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here