Iron Dome perisai pertahanan Israel

0
40296

DALAM seminggu ini, kita banyak mendengar mengenai sistem pertahanan Iron Dome yang berjaya memintas hampir kesemua roket pejuang Palestin ke arah Israel.

Apa itu Iron Dome?
Iron Dome merupakan sistem pertahanan udara mudah alih yang dibangunkan oleh firma pertahanan Rafael dan Industri Aeroangkasa Isreal (IAI).

Dari segi peralatan, sistem ini terbahagi kepada tiga komponen iaitu Radar Pengesan dan Penjejak, Unit Pengurusan Peperangan dan Kawalan Persenjataan, dan Unit Pelancar Roket.

Dari segi radar, maklumat umum menyatakan radar yang digunakan adalah dari jenis EL/M-2084 yang dibangunkan oleh anak syarikat IAI, ELTA.

Radar ini berupaya untuk mengesan pesawat terbang, peluru berpandu dan juga peluru roket.

GRAFIK FINANCIAL TIMES

Keupayaan sebenar radar ini tidak didedahkan, tetapi pada hujung tahun 2012, pihak Israel dikatakan mahu menaik taraf sistem tersebut supaya dapat menjangkau 250 kilometer (km).

Unit Pelancar Roket Iron Dome pula menggunakan peluru berpandu dari jenis Tamir yang dibangunkan oleh firma Rafael.

Kepala peluru berpandu Tamir. – Sumber keselamatan

Tamir dilengkapi dengan sensor electro-optic, dan mempunyai sirip boleh laras yang membuatkannya lebih lincah di udara.

Setiap peluru berpandu Tamir difahamkan berharga USD40 ribu (RM165,260).

Satu bateri Iron Dome difahamkan mengandungi sebanyak 3 ke 4 unit pelancar, yang mana setiap satu pelancar tersebut mempunyai sebanyak 20 peluru berpandu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here