Israel akan lancarkan serangan dahulu jika ada bukti

0
572
Tzachi Hanegbi

TEL AVIV – Seorang menteri kanan daripada Parti Likud mendakwa, Israel akan menyerang Gaza jika terdapat bukti pejuang Palestin bersedia untuk melancarkan serangan.

Menurut portal Times of Israel, kenyataan itu dikeluarkan oleh Tzachi Hanegbi yang menambah, ini merupakan doktrin pertahanan terbaharu rejim Zionis.

“Kita tidak boleh menunggu sehingga roket dilancarkan (dari Gaza), kata Hanegbi ketika ditemubual oleh Channel 13, semalam.

Mulai kini, kata beliau, pengumpulan dan persediaan melancarkan roket adalah “mencukupi bagi Israel untuk melancarkan serangan”.

“Ini merupakan satu perubahan (daripada doktrin terdahulu). Kita tidak pernah melakukannya,” tambah Hanegbi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here