Israel arahkan Shin Bet dan Mossad bunuh pemimpin Hamas termasuk di Malaysia

0
921
Gambar Hiasan

TEL AVIV – Kepimpinan Israel mengarahkan agensi perisikannya termasuk Shin Bet dan  Mossad untuk membunuh pemimpin Hamas di dalam Gaza dan di luar wilayah Palestin.

Menurut sumber laman berita Warnews247.gr. agensi perisikan Rejim Zionis berkenaan akan ‘meneutralkan sasaran’ di negara seperti Iran, Qatar, Turki dan Malaysia.

Operasi tersebut sebenarnya sudah bermula 48 jam lalu apabila dua bangunan Turki di Gaza telah dibom.

Serangan itu diteruskan dengan tentera Israel mengebom bangunan 13 tingkat yang menempatkan ibu pejabat stesen televisyen al-Jazeera.

Perang yang diisytiharkan Israel akan mengakibatkan impak besar terhadap hubungannya dengan Qatar dan Turki iaitu dua negara yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here