Israel bakal dapat Perdana Menteri baharu

0
312
NAFTALI BENNETT

TEL AVIV – Cubaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk terus kekal berkuasa semakin goyah apabila pihak pembangkang dijangka berjaya membentuk kerajaan campuran seawal-awalnya Rabu ini.

Menurut laporan Times of Israel, Ketua Parti Yamina, Naftali Bennett sudah bersetuju untuk bergabung dengan Ketua Parti Yesh Atid, Yair Lapid.

YAIR LAPID

“Proses pilihan raya sudah membuktikan tiada kerajaan berhaluan kanan di bawh (pemerintahan) Netanyahu.

“(Sekarang), hanya ada (kerajaan) gabungan atau pilihan raya kelima,” kata Bennet, semalam.

Media tempatan menyebut, kerajaan gabungan yang bakal dibentuk menyaksikan Bennett dan Lapid memegang jawatan sebagai perdana menteri secara pusingan.

Bennet akan memegang jawatan itu sehingga September 2023, diikuti Atid pada tahun berikutnya sehingga tamat penggal.

Kerajaan gabungan itu akan diturut disertai oleh beberapa buah parti kecil lain yang enggan menyokong Netanyahu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here