Israel rangka pelan serangan darat ke atas Gaza

0
582

TEL AVIV – Angkatan tentera Israel difahamkan sedang merangka pelan serangan darat ke atas wilayah Gaza, bagi menghalang pejuang Hamas melancarkan roket ke atas wilayahnya.

Menurut laporan The Guardian, pelan tersebut yang masih dalam peringkat awal, dijangka akan dipersembahkan kepada turus tertinggi pihak tentera lewat hari ini, yang kemudian akan mencadangkannya kepada kerajaan.

Setakat ini, pihak Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas Gaza sejak Isnin.

Kempen serangan udara itu telah membunuh 4 pemimpin kanan Hamas dan beberapa anggota lain.

Secara keseluruhannya, seranghan Israel telah membunuh sebanyak 67 mangsa termasuk 16 kanak-kanak.

Sejak konfrontasi ini bermula, Israel menganggarkan pejuang Hamas telah melancarkan sebanyak 1,500 roket ke wilayahnya.

350 daripada roket itu gagal dilancarkan, manakala ratusan lain berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here