Israel semakin gementar, roket Hamas berjaya sampai hingga utara Israel

0
1676
Serangan oleh pejuang Palestin menyebabkan kerosakan teruk di beberapa kawasan negara haram itu

TEL AVIV – Keupayaan senjata roket yang dimiliki pejuang Palestin dalam merobek sistem pertahanan Israel terus menghantui rejim Zionis itu apabila ia mampu sampai sehingga ke bahagian utara negara haram itu.

Memetik laporan media tempatan, sejak awal pagi tadi siren amaran serangan roket telah dibunyikan di bahagian tengah, selatan dan utara Israel.

Antara lokasi yang menjadi sasaran di utara Israel ialah Galilee, Rishon Lezion dan Petah Tikva.

Dalam serangan di Petah Tikva, sebanyak lima penduduk di kawasan itu mengalami kecederaan.

Sementara itu, dua penduduk Israel dilaporkan cedera dalam satu serangan di Samaria, Tebing Barat pada malam semalam.

Bagaimanapun Tentera Pertahanan Israel (IDF) masih belum dapat memastikan sama ada roket yang dilancarkan oleh pejuang Hamas itu jatuh di kawasan terbuka atau telah dipintas oleh Iron Dome milik Israel.

Di Ashkelon pula, sebuah roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin telah sebuah rumah rosak teruk bagaimanapun tiada yang maut.

Serangan ke atas Israel oleh pejuang Palestin berpunca daripada tindakan biadab oleh rejim Zionis yang menzalimi umat Islam Islam ketika menunaikan solat di Masjid al-Aqsa Sabtu lalu.

Rentetan daripada itu, pejuang Palestin di Gaza melancarkan serangan ke atas negara haram Israel.

Sejak Isnin lalu, lebih 1,200 roket telah dilancarkan oleh pejuang Palestin di beberapa lokasi di Israel.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here