Israel terus tekan Gaza, kali ini cuba sekat bekalan perubatan dan makanan

0
494
Sebuah lori yang membawa hospital medan dari Jordan terpaksa melalui Israel sebelum dibenarkan memasuki Gaza

GAZA – Sehari selepas gencatan senjata berlaku antara pejuang Palestin dan rejim Zionis, penduduk Gaza kini bakal berhadapan dengan krisis kemanusiaan pula apabila bekalan makanan, perubatan dan I’mlain-lain perlu mendapat kelulusan Israel sebelum dibenarkan dibawa masuk ke wilayah Palestin itu.

Menurut seorang penduduk Gaza, Taghreed Ahmed, ini kerana hanya terdapat satu laluan sahaja menghubungkan Gaza dengan dunia luar dan ia perlu melalui Israel.

“Keadaan di Gaza sangat teruk sekarang, banyak rumah yang musnah dan ramai yang hilang tempat tinggal selepas dibedil oleh rejim Zionis dalam pertempuran baru-baru ini.

“Lebih teruk ribuan orang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan segera. Situasi ini menyebabkan kami di Gaza memerlukan ubat-ubatan, pakaian, makanan dan lain-lain.

Taghreed Ahmed (kiri) dalam temubual secara langsung melalui Instagram Live Malakat Tribune hari ini

“Bagaimanapun, sekiranya terdapat bantuan yang tiba dari negara luar, ia perlu melalui Israel dan mereka akan memeriksa terlebih dahulu dan menyekat bantuan yang disalurkan,” katanya kepada Malakat Tribune menerusi Instagram Live Pasca Gencatan Senjata antara Pejuang Palestin dan Rejim Zionis hari ini.

Semalam, rakyat Palestin di Gaza dan Baitulmaqdis meraikan kemenangan mereka selepas Israel bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selepas 10 hari pertempuran berlaku.

Dalam pada itu, Taghreed yang juga Pengurus Brainy Bunch Gaza berkata, lebih memburukkan keadaan apabila kes Covid-19 di Gaza juga bertambah namun ramai pesakit tidak mendapat rawatan kerana kemusnahan yang dilakukan rejim Zionis.

Bercerita lebih lanjut, katanya, kemudahan asas di wilayah itu juga seperi air, elektrik, kumbahan dan tandas juga mengalami masalah selepas dimusnahkan oleh Zionis.

Katanya, ribuan rakyat terpaksa berkongsi menggunakan kemudahan tersebut dalam keadaan bersesak-sesak.

Sementara itu, Taghreed turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, hanya dengan doa sahaja yang menjadi senjata ampuh pejuang Palestin untuk mempertahankan diri daripada serangan ganas dan kejam rejim Zionis.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here