Jadi contoh kepada masyarakat, jangan bangga langgar SOP

0
93
Pengunjung beratur dan mengikut SOP yang ditetapkan sebelum memasuki bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. – foto/FARIDJANUDIN

KOTA BHARU – Jadilah pendokong usaha kerajaan dan menjadi contoh kepada masyarakat dalam usaha kita memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Itu teguran buat golongan VIP, selebriti, instafamous, ketua jabatan dan pimpinan masyarakat serta asatizah disaran supaya menjadi contoh teladan kepada orang ramai.

Teguran  itu disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin di laman Facebooknya hari ini.

Dr Izani Husin

“Jadilah contoh teladan kepada orang ramai, sebagaimana firman Allah surah Ahzab ayat ke 21 yang bermaksud ‘Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah.”

“Jadilah pendokong usaha kerajaan dan menjadi contoh kepada masyarakat dalam usaha kita memutuskan rantaian penularan Covid-19.

“Patuhi SOP dan jangan berbangga melanggar SOP. Insya-Allah orang ramai akan turut serta menyokong agenda ini,” katanya di laman Facebook hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here