Jangan risau, roti Gardenia tak naik harga

0
70
Rosol Wahid

KUALA LUMPUR – Khabar angin yang mengatakan harga roti keluaran Gardenia naik tidak benar sebaliknya hanya melibatkan produk-produk lain keluaran syarikat itu termasuk sapuan perisa kaya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, harga roti Gardenia di seluruh negara masih kekal dan tiada kenaikan harga akan berlaku pada 1Jun ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya tidak melakukan pembelian panik untuk mendapatkan harga lama.

“Pegawai saya telah memeriksa (kesahihannya) dan mendapati harga roti tidak naik sebaliknya kenaikan harga membabitkan produk lain syarikat itu seperti sapuan perisa kaya,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas berikutan tersebarnya surat syarikat berkenaan yang menyatakan akan berlaku kenaikan harga roti Gardenia menerusi aplikasi WhatsApp bermula 1 Jun ini.

Perubahan harga berkenaan juga serentak dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri semalam.

“Peniaga, pengguna juga perlu bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan dalam usaha mengurangkan penularan pandemik Covid-19 yang menyaksikan peningkatan jangkitan kes baharu setiap hari.

“Bagi masyarakat, kita ada pengalaman ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pertama dan pengalaman itu sangat berguna. Jangan lakukan pembelian panik kerana barangan keperluan termasuk pelitup muka dan cecair pensanitasi tangan sentiasa ada dan mencukupi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here