Jangan sebar spekulasi kematian Haziq disebabkan vaksin Covid-19 – Reezal Merican

0
989
Datuk Seri Reezal Merican menziarahi isteri dan keluarga Allahyarham Haziq di kediamannya sebentar tadi

CYBERJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan spekulasi kematian pemanah negara, Mohd Haziq Kamaruddin disebabkan pengambilan vaksin Covid-19.

Beliau berkata, tuduhan yang disebarkan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab.

“Saya mohon tidak sebarkan berita yang tidak benar. Saya serta 242 orang atlet termasuklah Allahyarham Haziq turut mengambil vaksin yang sama.

“Kita beri ruang supaya pihak hospital buat bedah siasat. Jangan timbulkan sebarang spekulasi yang tidak wajar. Kita hormati perasaan keluarga Allahyarham juga,” katanya dalam satu komen dalam hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, beliau menziarahi isteri dan ahli keluarga Allahyarham Haziq di kediaman mereka.

Datuk Seri Reezal Merican menziarahi isteri dan keluarga Allahyarham Haziq di kediamannya sebentar tadi

Allahyarham Haziq yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik 2012 dan 2016 meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Hospital Kajang untuk ujian calitan Covid-19 dan untuk dibedah siasat.

Pada 13 April Reezal Merican bersama 264 atlet dan pegawai yang layak ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo menerima vaksin Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here