Jemaah haji Malaysia akan diberikan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca

0
63
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Jemaah Malaysia yang terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini akan diberikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.

Jemaah Malaysia akan diberikan suntikan dua jenis vaksin berkenaan kerana ia merupakan vaksin yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan perkara itu.

“Menerusi perbincangan ini, semua jemaah akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekiranya bekalan mencukupi, sekiranya tidak, vaksin AstraZeneca akan digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah, Zulkifli berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan berkaitan pelaksanaan ibadah itu.

Arab Saudi ketika ini belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini dan negara itu hanya mengiktiraf vaksin Covid-19 jenama Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here