Jemaah umrah diwajibkan ada insurans Covid-19

0
83
Arab Saudi melaksanakan protokol kesihatan dan langkah pencegahan ketat untuk menerima jemaah umrah pada Ramadan kali ini

RIYADH – Warga asing yang memasuki Arab Saudi dengan visa umrah, lawatan dan pelancongan diwajibkan mempunyai perlindungan insurans terhadap risiko jangkitan Covid-19.

Perkara itu diumumkan Bank Pusat Arab Saudi dan Majlis Insurans Kesihatan Koperasi semalam mengenai keperluan untuk mengemas kini format polisi insurans dengan menambahkan liputan untuk risiko jangkitan Covid-19.

Menurut laporan portal berita Saudi Gazette, penambahan syarat itu bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk bukan warganegara Arab Saudi dari luar negara untuk tujuan pelancongan, lawatan dan umrah sekiranya mereka dijangkiti virus berkenaan.

Ini adalah untuk memastikan keselamatan semua pihak selain memastikan akses yang cepat dan mudah dalam mendapatkan rawatan.

Perlindungan insurans merangkumi kos rawatan orang yang dijangkiti, kos prosedur kuarantin dan pemindahan perubatan dalam keadaan kecemasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here