Jumlah jangkitan Covid-19 dijangka melebihi 5,000 kes sehari hujung bulan ini

0
56
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 dalam negara dijangka mencecah sehingga 5,000 ks sehari dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang berdasarkan unjuran nilai kadar kebolehjangkitan (RT) semasa iaitu 1.10.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini selepas jumlah kes harian yang dilaporkan untuk dua hari berturut-turut kini menghampiri 5,000 kes dengan 4,519 kes hari ini.

“Penularan Covid-19 di dunia dan di Malaysia adalah semakin serius dengan jumlah terkini kes kumulatif kes di dunia adalah 155.7 juta dan 3.3 juta kematian.

“Negara didapati paling terkesan adalah India dengan kes harian Covid-19 meningkat setiap hari hingga melumpuhkan sistem kesihatan di negara berkenaan,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada situasi di India dan beberapa negara lain yang menghadapi keadaan hampir sama supaya tidak berlaku di Malaysia.

Beliau berkata, trend kenaikan mendadak kes Covid-19 di Malaysia adalah membimbangkan dan dikhuatiri situasi seperti di India boleh berlaku di Malaysia sekiranya tiada tindakan drastik diambil segera.

“Oleh itu, KKM akan terus menjalankan tindakan kesiapsiagaan di lapangan termasuk tindakan kesihatan awam selain berusaha meningkatkan kapasiti di hospital.

“Ia membolehkan kes-kes positif yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), hospital dan juga Unit Rawatan Rapi(ICU) dapat dilaksanakan sewajarnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here