Jumlah korban rakyat Palestin meningkat kepada 137 orang

0
118
Serangan oleh rejim Zionis sejak awal minggu ini menyebabkan kemusnahan teruk di Gaza

GAZA – Angka korban rakyat Palestin di Tebing Gaza yang maut terkena serangan udara tentera rejim Zionis terus meningkat kepada 137 orang termasuk 36 kanak-kanak.

Memetik laporan Aljazeera, serangan berterusan oleh rejim Zionis sejak Isnin itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya 920 rakyat Palestin mengalami pelbagai jenis kecederaan.

Jumlah yang terkorban dijangka terus meningkat selepas rejim Zionis itu turut menyerang rakyat Palestin yang berlindung di kem pelarian Shati.

Dalam serangan di kem pelarian itu, sekurang-kurangnya dua wanita dan enam kanak-kanak yang tidak berdosa maut.

Beberapa mayat lagi tertimbus dalam runtuhan bangunan.

Sementara itu, ribuan rakyat Palestin mencari perlindungan di bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza daripada serangan udara tentera rejim.

PBB menganggarkan lebih 10,000 rakyat Palestin di Gaza telah meninggalkan rumah masing-masing sejak rejim Zionis mempertingkatkan siri serangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here