Kanak-kanak 12 tahun di Klang jadi gelandangan selepas ibu bapa maut akibat Covid-19

0
1039
Ustaz Ebit Lew ketika berjumpa kanak-kanak berkenaan di Bukit Raja, Klang

CYBERJAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun menjadi gelandangan di Bukit Raja di Klang, Selangor selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat Covid-19 pada Januari lalu.

Nasib kanak-kanak berkenaan mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew selepas pendakwah popular itu menerima pesanan mesej daripada pengikut laman Facebooknya agar membantu kanak-kanak terbabit.

“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif Covid-19. 

“Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.

“Saya terus bergegas cari adik ini. Dari jauh tengok adik ini terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini, apabila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis. 

“Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada hp (telefon bimbit). Tak kenal saya. Wajah bersih jernih. Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz…. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ya,” katanya dalam laman Facebooknya semalam.

Menurut Ebit, beliau turut bertanya keadaan kanak-kanak terbabit menjalani ibadah puasa dan dia hanya bergantung kepada pemberian orang untuk bersahur dan juga berbuka puasa.

“Saya bawa ke balai untuk laporan, selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya. Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz… Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih,saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ini masuk madrasah,” katanya.

Menurut Ebit, walaupun sekejap terasa rapat dan seperti keluarga dan beliau turut meninggalkan pesan agar kanak-kanak terbabit menjaga diri dan mendoakannya menjadi anak soleh berjaya dan cemerlang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here