Kayu balak ‘gergasi’ itu dari Terengganu

0
379
Kayu balak yang bersaiz luar biasa dibawa oleh treler pada Ahad lalu

KUANTAN –  Kayu balak bersaiz ‘luar biasa’ dibawa sebuah treler yang berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) bukan dari hutan Pahang.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memaklumkan, n treler bersama muatan kayu balak itu difahamkan dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke sebuah kilang kayu di Selangor.

“Treler berkenaan telah ditahan untuk pemeriksaan di RNR Gombak dan semakan oleh pihak JPNP mendapati kenderaan berat bersama muatan itu adalah sepertimana yang diviralkan melalui akaun Facebook milik seorang aktivis alam sekitar.

“Bagaimanapun hasil semakan mendapati maklumat lori dan balak yang dibawa sama dengan butiran yang dinyatakan dalam pas pemindahan dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,” jelas JPNP melalui satu kenyataan semalam.

Melalui kenyataan itu, JPNP menghargai aduan berhubung perkara tersebut dan berharap ia disalurkan secara terus ke jabatan atau agensi kerajaan berkaitan termasuk JKNP agar tindakan lebih pantas dapat diambil.

“Jabatan ini sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap semua aduan yang dilaporkan bagi memastikan tindakan tegas dan segera dapat diambil demi menjaga serta memelihara khazanah hutan negeri,” jelasnya.

Kebiasaannya kayu balak bersaiz sebegini hanya terdapat di kawasan hutan simpan

Terdahulu, aktivis berkenaan memuat naik gambar lori yang membawa kayu balak besar yang sempat dirakam ketika berhenti di RNR Temerloh pada petang Ahad.

Berdasarkan keterangan gambar yang disertakan bersama gambar-gambar dikongsikan, beliau curiga dengan kayu balak itu yang disyaki dari hutan simpan dilindungi berdasarkan saiznya yang begitu besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here