Keganasan berterusan Israel boleh cetuskan perang agama yang besar

0
242
Keadaan bumki Gaza yang dibom tentera Israel baru-baru ini

GAZA – Keganasan berterusan oleh rejim Israel boleh mencetuskan satu perang agama yang besar di rantau berkenaan.

Perkara demikian dinyatakan oleh pemimpin tertinggi Hamas di Gaza, Yehiyeh Sinwar ketika bercakapa di kota Gaza semalam.

Yehiyeh turut menyeru seluruh dunia agar bertindak untuk menghentikan keganasan Israel di Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah dan kota suci Baitulmaqdis.

“Jika seluruh dunia tidak bertindak untuk menghentikan penjajahan di Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah dan kota suci pada umumnya, ia akan menjadi alasan untuk mencetuskan perang agama besar di rantau ini dan kekacauan di seluruh dunia, ” katanya.

Yehiyeh menegaskan,  Israel mencetus perang 11 hari dengan pejuang Hamas di sempadan Gaza.

“Pertempuran menyaksikan kedua-dua pihak saling berbalas serangan udara,” katanya.

Peperangan berkenaan susulan provokasi dilakukan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa ketika penduduk Palestin sedang menunaikan solat di akhir bulan Ramadan, 7 Mei lalu.

Ia juga dicetuskan daripada insiden pengusiran penduduk di Sheikh Jarrah oleh tentera Israel.

Pertempuran berkenaan mengakibatkan 250 penduduk Palestin maut dan ribuan lagi cedera akibat kezaliman zionis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here