Kematian Haziq berpunca salur darah jantung tersumbat

0
162
Haziq Kamaruddin

CYBERJAYA – Keputusan bedah siasat mendapati kematian atlet pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin berpunca akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat berikutan perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis.

Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik KKM, Datuk Dr. Zahari Noor berkata, kematian mengejut Allahyarham semalam telah disiasat di bawah Laporan Kematian Mengejut (SDR) oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di mana bedah siasat dilakukan untuk menentukan sebab kematian.

“Namun sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi Covid-19.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dr. Zahari yang juga Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik bagaimanapun berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisis makmal.

Semalam, negara dikejutkan dengan pemergian Haziq yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.37 pagi sejurus selepas dikejarkan ke Hospital Kajang.

Tular di media sosial kematian Allahyarham yang pernah beraksi di Sukan Olimpik London (2012) dan Rio de Janeiro, Brazil (2016) itu dikaitkan dengan pengambilan vaksin Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here