Kerajaan akan pastikan sistem kesihatan awam di Malaysia tidak akan runtuh

0
54
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan akan memastikan sistem kesihatan awam di Malaysia tidak akan runtuh walaupun pandemik Covid-19 semakin membimbangkan di negara ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pelbagai sokongan dan bantuan akan diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara.

Katanya, kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini.

Dalam kenyataan yang sama, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun.

Perkara itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri petang tadi.

Sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi atau perkhidmatan yang perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here