Kerajaan aktifkan projek perintis trak vaksinasi

0
42
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan akan mengaktifkan projek perintis trak bergerak vaksinasi ke lokasi terpilih di Kuala Lumpur.

Kawasan yang akan diberikan perhatian ialah kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan juga tapak pembinaan.

Perkara itu diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini.

“Hari ini saya telah berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai penggunaan trak bergerak vaksinasi.

“Kita akan memberi perhatian kepada kawasan-kawasan tertentu di Kuala Lumpur yang menjadi kawasan penularan wabak Covid-19.

“Sebanyak 30 trak bakal digunakan dengan menyasar 100 vaksinasi bagi setiap trak,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, senarai nama 5,867 petugas media telah dihantar untuk semakan dan akan diberi pengesahan janji temu awal bulan depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here