Kerajaan perkukuh sistem kesihatan awam

0
31
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin

CYBERJAYA – Kerajaan akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak bagi membantu mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan awam.

Kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lantikan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah PEMERKASA Plus yang diumumkan beliau, malam tadi.

“(Kerajaan akan turut) melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022,” kata Muhyiddin dalam pengumuman beliau.

Secara keseluruhannya, sistem kesihatan awam akan diperkukuhkan lagi dengan peruntukan tambahan bernilai keseluruhan RM1 bilion.

Kata Muhyiddin, tambahan peruntukan ini adalah komitmen kerajaan bagi memastikan sistem kesihatan negara tidak runtuh apabila berdepan tekanan penularan Covid-19.

Muhyiddin dalam pengumuman beliau sebentar tadi berkata, sebanyak RM450 juta diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan di unit rawatan rapi (ICU) bagi rawatan Covid-19.

“(Jumlah itu) bukan sahaja di Hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam seperti di UiTM, UPM dan UKM serta melalui hospital medan ATM seperti di Sabah dan Sarawak,’ kata Muhyiddin.

Sementara itu, sebanyak RM550 juta lagi diperuntukkan bagi menampung kos perbelanjaan berkaitan Covid-19 pelbagai agensi, antaranya dalam pertambahan kos operasi dan urusan, termasuk pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di MAEPS dan di negeri-negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here