Kereta bawa mercun bola meletup dipanah petir, seorang mangsa maut

0
246
Keadaan kenderaan berkenaan yang terputus dua

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya meletup dipercayai akibat dipanah petir di Kampung Sireh, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.38 petang itu kereta jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa rentung dan terputus dua.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu berkata, seorang mangsa meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat lima kenderaan di lokasi berhampiran yang turut terbakar. Cermin masjid di lokasi berkenaan juga pecah akibat letupan kenderaan itu,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Terdahulu tular beberapa rakaman video dan gambar kejadian tragik itu di media sosial sebentar tadi.

Menurut mesej yang tular, kenderaan berkenaan dipercayai membawa mercun bola dalam kuantiti yang banyak sebelum meletup dipercayai akibat dipanah petir.

Dalam pada itu, lima kenderaan lain yang berada berhampiran di lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.

Terdapat juga beberapa mangsa lain yang berada berhampiran kereta malang berkenaan berlumuran darah terkena serpihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here