Kes baharu kembali meningkat kepada 4,446 kes hari ini

0
52
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA- Jangkitan baharu Covid-19 kembali meningkat hari ini kepada 4,446 kes berbanding lebih 3,000 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,650 adalah jangkitan baharu dari Selangor.

Dr. Noor Hisham berkata, turut mencatat kes yang tinggi pada hari ini ialah Sarawak dengan 433 kes, diikuti Johor (391) dan Kelantan (343).

“Hanya Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis tidak mencatat pertambahan kes hari ini,” katanya dalam hantaran di laman Faceboooknya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini sebanyak 474,556 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here