Kes Covid-19 hari ini 6,999 kes, bukan 10,290 kes

0
83
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Selepas empat hari-hari berturut-turut dikejutkan dengan kes harian tertinggi, hari ini kes baharu Covid-19 turun mendadak ke angka 6,999 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 2,477 kes diikuti dengan Kuala Lumpur dan Kelantan yang masing-masing melaporkan sebanyak 613 dan 612 kes.

Berikut pecahan kes mengikut setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,477 (184,815)
Sabah – 190 (62,037)
KL – 616 (58,267)
Johor – 433 (57,894)
Sarawak – 513 (46,675)
Pulau Pinang – 248 (28,298)
Kelantan – 612 (27,093)
Negeri Sembilan – 468 (26,052)
Perak – 212 (20,379)
Kedah – 422 (18,445)
Melaka – 202 (11,734)
Pahang – 239 (9,358)
Terengganu – 214 (8,567)
Labuan – 133 (3,556)
Putrajaya – 13 (1,864)
Perlis – 7 (499)

Semalam negara merekodkan kes paling tinggi dengan 9,020 kes Covid-19.

Selain itu, semalam turut mencatatkan detik hitam apabila 98 kes kematian dilaporkan iaitu tertinggi pernah direkodkan sepanjang Covid-19 menular dalam negara.

Terdahulu tular di media sosial kes Covid-19 melepasi angka 10,000 dengan 10,290 kes.

Bagaimanapun angka itu adalah palsu dan sengaja direka-reka.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here