Kes Covid-19 meningkat, seluruh Kuala Lumpur dilaksanakan PKP bermula Jumaat

0
109
Suasana di sekitar Kuala Lumpur yang lengang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

CYBERJAYA – Seluruh Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini sehingga 20 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dilaksanakan selepas meneliti pembentangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat 17 kluster baharu direkodkan di ibu kota dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

Mengulas lanjut beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP Kuala Lumpur sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Antara SOP yang ditetapkan ialah pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan, kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.

“Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk ibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyentuh mengenai bazar Ramadan, katanya, operasi bazar tersebut di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat.

Namun begitu, katanya, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here