Kes dijangka melonjak ke angka 13,000 2 minggu lagi

0
991
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes positif harian Covid-19 di negara ini boleh mencecah angka 13,000 kes dalam masa dua minggu lagi berdasarkan trend peningkatan graf jangkitan terkini.


Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam ciapan Twitternya hari ini.


Beliau berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kadar kebolehjangkitan hari ini sehingga 14 Jun yang kini pada kadar 1.2.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt jangkaan mengikut kes seharian pada 28 Mei 2021 untuk seluruh negara ialah 1.15,” katanya.


Peningkatan nilai kebolehjangkitan itu menurut Dr. Hisham adalah kesan daripada kegagalan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Angka kes harian Covid-19 dalam negara merekodkan jumlah tertinggi setiap hari sejak Selasa lalu dengan jumlah tertinggi semalam iaitu 8,290 kes.


Peningkatan berterusan itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 di negara ini kini melebihi setengah juta orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here