Kes harian Covid-19 pecah rekod lagi, kali ini melebihi 7,000 kes

0
79
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kes harian Covid-19 terus menunjukkan trend membimbangkan apabila sekali lagi merekodkan kes tertinggi dengan 7,289 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,642 kes.

Dalam pada itu, pecahan kes lain mengikut setiap negeri adalah seperti berikut:

Sabah : 266 kes
Johor : 664 kes
Kuala Lumpur : 604 kes
Sarawak : 513 kes
Pulau Pinang : 380 kes
Negeri Sembilan : 410 kes
Kelantan : 425 kes
Perak : 218 kes
Kedah : 336 kes
Melaka : 258 kes
Pahang : 211 kes
Terengganu : 268 kes
Labuan : 63 kes
Putrajaya : 23 kes
Perlis : 8 kes

Pada Ahad lalu, kes harian Covid-19 merekodkan kes harian tertinggi dengan 6,976 kes.

Bagaimanapun semalam, kes harian tersebut sedikit menurun dengan 6,509 kes sebelum meningkat semula hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here