Kes harian Covid-19 pecah rekod lagi

0
139
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kadar jangkitan Covid-19 hari ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penurunan apabila kes baharu terus melonjak ke angka tertinggi dengan 6,976 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,235 kes, diikuti Kelantan (626) dan Johor (549).

Bagi kes terkumpul pula kini telah menjangkau 512,091 kes.

Berikut pecahan kes harian setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,235 (167,629)
Sabah – 136 (60,378)
Johor – 549 (53,963)
WPKL – 447 (53,639)
Sarawak – 663 (42,283)
Pulau Pinang – 372 (25,735)
Negeri Sembilan – 434 (22,704)
Kelantan – 626 (22,546)
Perak – 279 (18,549)
Kedah – 422 (15,344)
Melaka – 209 (9,761)
Pahang – 263 (7,772)
Terengganu – 266 (6,967)
WP Labuan – 37 (2,711)
WP Putrajaya – 30 (1,674)
Perlis – 8 (436)

Sebelum ini angka tertinggi kes harian yang dicatatkan sebelum ini ialah pada 20 Mei lalu, sebanyak 6,806 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here