Kesemua kakitangan Malakat Mall jalani saringan Covid-19 negatif

0
85
Tangkap layar hantaran Mohd. Fadzil Hashim mengenai keputusan saringan Covid-19 di Malakat Mall hari ini.

CYBERJAYA – Kesemua 289 kakitangan Malakat Mall yang menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini didapati negatif dan bebas daripada jangkitan virus itu.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, beliau bersyukur selepas menerima keputusan ujian RTK antigen yang dilakukan secara sukarela di Malakat Mall hari ini.

“Alhamdulillah. Semua yang disaring didapati Negative!

“Walaupun ada kemungkinan keputusan bukan 100% tepat, kami sangat bersyukur,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Kumpulan Perniagaan Malakat hari ini menjalankan ujian saringan Covid-19 secara percuma kepada 289 kakitangan sebagai menyahut seruan kerajaan dalam usaha pengesanan dan pencegahan wabak itu.

Ujian yang bermula pada pukul 10 pagi tadi merupakan inisiatif syarikat untuk memastikan kakitangan Malakat Mall di Cyberjaya bebas daripada jangkitan Covid-19.

“Ujian hari ini diwajibkan kepada kakitangan di semua bahagian utama Malakat Mall yang sihat dan tidak yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Iniasiatif ini juga ekoran peningkatan kes di Selangor termasuk kes-kes yang tidak bergejala.

“Pada masa yang sama saringan sukarela ini diharap dapat mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung kakitangan jika menjalani ujian sendiri,” katanya selepas menjalani ujian saringan RTK antigen di Malakat Mall hari ini.

Kakitangan bahagian pemasaran Malakat Mall menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

Keputusan saringan itu diharap dapat memberi keyakinan kepada pengunjung untuk datang berbelanja di pusat beli belah itu.

“Sejak daripada awal pandemik kami telah mengambil langkah pencegahan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here