KKM akan cadang PKP penuh di Selangor

0
817

Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berkata, PKP penuh perlu dilaksanakan jika usaha sedia ada masih gagal mengekang lonjakan kes di negeri itu.

Dr. Adham berkata, beliau bersetuju SOP lebih ketat dilaksanakan di Selangor, yang mencatatkan lebih 1,000 kes setiap hari ketika ini.

“Pelaksanaan PKP di seluruh negara ketika ini membolehkan KKM melaksanakan lebih banyak ujian dan pengasingan serta merawat kes positif di samping kerjasama kerajaan negeri untuk mengendali ujian RTK-Antigen di kawasan ada kaitan epidemiologi yang tinggi.

“Ia juga membenarkan kita melaksanakan pengesanan kontak lebih cepat dan melaksanakan keseluruhan pencegahan dan kawalan kesihatan awam

“Namun saya bersetuju bahawa kita perlu mencadangkan kepada kerajaan supaya SOP lebih ketat dilaksanakan.

“Jika membabitkan ketidakupayaan mengekang jangkitan, maka cadangan pelaksanaan PKP penuh boleh dipertimbangkan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here