Komander kanan kumpulan Jihad Islam maut terkena serangan udara rejim Zionis

0
992
Keadaan kenderaan yang dinaiki Hasam Abu Harbid yang terkena serangan udara rejim Zionis semalam

GAZA – Rejim Zionis mendakwa berjaya membunuh komander wilayah utara kumpulan Jihad Islam, Hasam Abu Harbid dalam satu serangan udara semalam waktu tempatan.

Memetik laporan media tempatan, Abu Harbid merupakan komander kumpulan pejuang Palestin itu sejak 15 tahun yang lalu dan bertanggungjawab menyerang Israel dengan menggunakan peluru berpandu ketika ketegangan antara Palestin dan rejim Zionis memuncak.

Selain bertindak menyasarkan bandar-bandar utama di Israel, Abu Harbid turut menyasarkan serangan ke atas tentera pertahanan Israel (IDF).

Dalam pada itu, IDF turut mendakwa berjaya memusnahkan terowong rahsia sepanjang 15 kilometer dan sembilan rumah komander Hamas di Gaza dalam serangan semalam.

Serangan terbaharu itu berlaku sehari selepas serangan ganas Zionis ke atas Gaza yang membunuh 42 nyawa orang awam yang tidak berdosa.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 188 rakyat Palestin termasuk 55 kanak-kanak dan 33 wanita maut terkena serangan udara rejim Zionis.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 10 orang rakyat Israel maut dalam serangan oleh pejuang Palestin sejak minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here