Konflik Gaza: Gencatan senjata seawal esok?

0
395

NEW YORK – Media barat menjangkakan proses genjatan senjata di antara pejuang Palestin dan rejim Zionis Israel akan bermula seawalnya pada hari Jumaat.

Menurut laporan The Wall Street Journal, sumber memberitahu mereka bahawa perunding damai dari Mesir berjaya mendapat kata positif daripada Hamas, manakala Israel pula difahamkan sudah hampir ‘mencapai objektif ketenteraan’ mereka.

Laporan itu turut menyebut, Washington percaya persetujuan gencatan senjata itu akan dicapai dalam minggu ini.

Namun, menurut sumber itu lagi, Washington melihat kewujudan pihak Islamic Jihad sebagai ‘satu halangan’, yang mana mereka berkemungkinan akan terus melancarkan serangan ke atas Israel walaupun gencatan senjata itu telah dipersetujui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here