KPDNHEP tambah 20 lagi barangan dalam senarai SHMMP 2021

0
52

CYBERJAYA – Sebanyak 20 lagi barangan makanan dimasukkan ke dalam senarai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021, menjadikan jumlah barangan harga terkawal kepada 32 barangan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, pertambahan ini melibatkan barangan daripada kategori sayuran, barangan kering dan hasil laut.

“Harga kawalan bagi barangan ini akan berkuat kuasa 6 Mei ini,” kata Alexander dalam satu kenyataan, hari ini.

Harga kawalan itu akan berkuat kuasa selama 15 hari, hingga 20 Mei 2021 iaitu tujuh hari sebelum perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas hari perayaan.

Barangan yang terlibat adalah tomato; cili merah; kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing); kacang panjang; sawi hijau; terung panjang; timun; halia tua; kelapa biji (borong sahaja); kelapa parut (runcit sahaja); bawang merah besar import (China); bawang besar (Holland); bawang putih (China); cili kering; ubi kentang import (China) dan kacang tanah.

Bagi makanan laut pula, barangan yang terlibat adalah ikan segar beku kembung (berat antara 8 hingga 10 ekor sekilogram); ikan segar beku selar (berat antara 8 hingga 10 ekor sekilogram); ikan segar beku selayang (berat antara 12 hingga 14 ekor sekilogram) dan ikan demuduk atau sagai atau cermin atau cupak (berat antara tiga hingga lima ekor setiap kilogram) (Sabah sahaja).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here