Kumpulan Malakat rancang bina sistem kereta kabel pertama di Selangor

0
394
Projek Muslim Village yang diusahakan Kumpulan Malakat di Serendah

SERENDAH – Kumpulan Malakat kini merancang untuk membina sistem kereta kabel yang pertama di Selangor iaitu di Bukit Tasik, Serendah.

Pengasas Kumpulan Malakat, Mohd. Fadzil Hashim berkata, sistem kereta kabel itu akan dibina di perkampungan Islam yang dinamakan Muslim Village.

“Projek kita seterusnya dengan Abang Zul (Pengarah Urusan Zulldesign Autotronic, Zulkifli Haron) ialah kereta kabel, beliau sudah datang bagi penerangan.

Pengasas Kumpulan Malakat, Mohd. Fadzil Hashim

“Ini kereta kabel yang pertama di Selangor, ia akan bermula dari bawah (Muslim Village) dan ada persinggah kafe dan sebagainya, kata Moh. Fadzil.

Mohd. Fadzil berkata demikian ketika sesi live di laman Facebooknya hari ini semasa mengadakan lawatan ke tapak Projek Muslim Village di sini.

Mengulas mengenai Muslim Village, Mohd. Fadzil berkata, begitu teruja dan gembira dengan segala perjalanan projek berkenaan yang hampir siap.

“Lagi seminggu boleh siap ruang solat yang kapasiti boleh muatkan 400 orang di Muslim Village, ruang ini juga boleh jadi dewan makan dan macam-macam lagi.

“Reka bentuknya sangat cantik, sangat praktikal. Kalau mahu buat surau di kampung- kampung boleh guna model ini dan kami gunakan struktur besi.

“MasyaAllah…sangat teruja dan tidak sabar untuk solat, konsepnya ialah terbuka dengan view kawasan hutan. Sangat cantik, Alhamdulillah puas hati,” katanya.

Selain itu katanya, dua buah rumah contoh di Muslim Village juga sudah siap sepenuhnya dan ketika masih dalam proses untuk membina lima buah rumah lagi.

“Konsep kita di Muslim Village ialah Spiritual Eco Resort…rumah yang kami bina, MasyAllah cantik sangat dengan menggunakan kayu pine.

“Jom…kita sekampung di Muslim Village, rasa tenang berada dalam hutan. Doakan kita dapat siapkan lima buah lagi rumah di sini. Pakej minima kami tawarkan ialah RM90,000,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here