Kumpulan Malakat umumkan bantuan subsidi makanan buat artis veteran

0
460
Datul Mohd. Chan Abdullah (tengah) menyampaikan sedikit sumbangan kepada para artis veteran yang hadir. – MALAKAT TRIBUNE

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat hari ini mengumumkan program Bantuan Subsidi Makanan Malakat Grocer kepada semua artis-artis veteran yang memerlukan.

Pemberian bantuan itu diumumkan ketika majlis berbuka puasa Persatuan Artis Veteran Malaysia di Restoran Chan Mari Chan di Malakat Mall, malam tadi.

“Artis veteran yang memerlukan boleh memohon bantuan subsidi makanan berupa baucer barangan Malakat Grocer dengan nilai terkumpul berjumlah RM360 bagi digunakan untk membeli barangan keperluan.

“Kami berharap supaya bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan belanja bulanan golongan ini,” kata Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dalam satu kenyataan.

Kepada yang ingin memohon bantuan tersebut, boleh menghubungi Ziela Wahi di talian 0123965312 untuk maklumat lanjut.

Buat masa ini, rangkaian Malakat Grocer boleh dikunjungi di Cyberjaya; Taman Putra Perdana; Taman Kosas; Ampang Jaya; Kota Warisan, Sepang; Alam Damai, Cheras; Taman Greenwood, Gombak; dan Masjid Tanah di Melaka.

Sementara itu, majlis berbuka puasa malam tadi menghimpunkan kira-kira 50 artis veteran yang pernah mewarnai dunia hiburan negara pada era 70an dan 80an.

Majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan Mohd. Chan dan Yayasan Mualaf Malaysia (YMM) itu adalah bagi meraikan para insan seni di atas sumbangan mereka selama ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here